Sayang Korang! =D

Pesanan Penaja

* First sekali, nak ucap terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini.

* Saya tengok, orang yang melawat ke blog ini bukan main ramai tapi komen langsung tak letak. Bukan apalah. Hati kecewalah jugak. Tapi kita mana boleh paksa orang kan? Hahah... tak apalah. Reda ajelah. :)

* Siapa yang pernah letak komen tu, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Segala komen yang telah diletakkan, insya-Allah saya pasti balas!

* Minta kerjasama korang supaya jangan copy hasil karya saya di sini. Say no to COPYCATS!

* Harap-harap pembaca sudi membaca karya terbaru saya iaitu, Jangan Menangis, Sayang... dan Sayakan Isteri Awak! Maaflah kalau cerita tu boring sikit. Hehe... ;)

* Tentu readers2 perasan kan, sekejap saya tukar ganti diri sebagai iman, sekejap 'saya'. Itu bermakna... kalau saya tukar ganti diri dengan nama iman, saya sukakan orang tu sebab dia layan kerenah saya yang banyak cakap. Tapi tak bermakna kalau saya guna ganti diri pertama saya tak sukakan orang tu. Jadi, siapa yang nak saya berbahasakan sebagai iman, pikatlah hati saya. (Chewah! >_<)

* Last of all, saya amat berterima kasih kepada siapa yang menyokong saya. Saya betul-betul menghargainya. Arigato, minna! =D

Blogku Berusia...

Daisypath Friendship tickers

Friday, 1 July 2011

Cerpen: Andai Kau Tahu...


Zira, tolonglah dengar cakap mak. Kali ni aje mak mintak tolong daripada kamu.” Emak merayu-rayu. Aku masih membatu. “Mak dah banyak kali terhutang budi dengan Dato’ Mahmud. Tolonglah mak.” Sambung emak lagi. Aku semakin sayu. Bukannya aku tidak sayang emak, tetapi kerana aku sudah mempunyai kekasih. Tidak sanggup rasanya aku mahu mengkhianati kekasih sendiri.


“Tapi, mak...” Aku cuba membantah.

“Mak merayu kepada kamu. Tolonglah mak. Kali ni aje.” Tersinar segunung harapan pada mata emak. Aduh! Aku tidak sanggup mahu menatap wajah emak lama-lama.

“Baiklah mak.” Kataku dan emak berlonjak keriangan. Aku tersenyum tawar melihat emak bahagia semacam.

“Terima kasih Zira. Kamu memang bagaikan nyawa mak.” Kata emak membuatkan aku terharu. Ada air mata di tubir mata emak. Hatiku semakin sayu melihatnya. Emak, andai kau tahu perasaan ini...

SEBAIK sahaja lelaki yang sudah sah menjadi suamiku itu menyarungkan cincin ke jari manisku, aku menyalami tangannya dengan tidak ikhlas. Lelaki itu terus mengucup dahiku. Kucupannya itu bagaikan kaku. Mungkin, dia juga terpaksa.

“Nanti saya nak jumpa awak,” bisik lelaki itu. Aku terdiam.

Aku mengetuk pintu bertalu-talu. Aku terus masuk ke dalam bilik selepas diberi keizinan.

“Duduklah sini.”

“Tak payah. Saya duduk sini aje.” Kataku lalu duduk di atas sofa berhadapan dengan lelaki itu.

“Do you know me?” soal lelaki itu.

“Tak.” Balasku kaku.

“Okay. Let me introduce myself. My name is Harris Fahimie bin Dato’ Mahmud. Umur pulak 24 tahun. Dan, saya bekerja sebagai kontraktor,” kata Harris sambil merenungku. “Dan awak pulak?”

“Nama saya Nadzira Ifa binti Razak. Ayah dah meninggal empat tahun lepas. Umur saya 22 tahun. Kerja saya menganggur. Cukup ke maklumat yang saya bagi?” soalku selamba. Harris tersenyum lalu mengangguk.

“I think, that would be enough. Want to sleep with me?” soal Harris selamba. Membuntang mataku merenungnya.

“Thanks but no thanks. Saya tidur atas sofa aje. Hmm… buat pengetahuan awak, saya sebenarnya sudah berpunya.” Kataku lagi. Harris terdiam.

“Oh, maknanya saya sudah ambil wife orang?” soal Harris dengan lurus bendulnya. Alahai! Nama aje anak orang kaya, tapi tak pakai akal!

“Are you kidding me?” soalku sinis. Harris tergelak.

“Okey, okey. Saya gurau aje tadi. Jangan ambik serius,” kata Harris sambil tersengih. Meluat pulak aku tengok. Asyik-asyik tersengih.

“Hmm... okeylah. Saya nak tidur dulu,” Aku terus menutup lampu. Aku tahu, aku tak mungkin menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Apatah lagi, aku mencintai orang lain.

“MAK, Ris nak tanya mak sesuatu boleh?” soal Harris. Emak mengangguk.

“Zira tu dah berpunya ke?”

“Mana kamu tahu ni Ris?” soal emak kaget.

“Dia cerita dekat Ris. Tapi, orangnya Ris sendiri tak pasti,” kata Harris lagi. Emak terdiam.

“Memang tak silap mak, dia ada teman lelaki. Kenapa kamu tanya?”

“Err… takde apa. Saja nak tau info pasal isteri sendiri. Salah ke mak?” soal Harris selamba padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

“Ish, mana ada salah Ris. Mak cuma tanya,” balas emak sambil tersenyum.

“ZIRA! ZIRA!” panggil Harris. Namun, tiada sebarang sahutan. Dia garu kepala. Hairan. Matanya melilau-lilau sehinggalah dia ternampak sebuah buku terselit di bawah bantal. Pantas, tangannya mencapai buku a.k.a. diari itu.

“Ni mesti Zira punya...” bisik Harris sendiri. Tangannya mula menyelak muka surat diari itu.

24 Mei 2011

Aku dijodohkan dengan lelaki yang tidak aku kenali. Semua ini kerana emakku yang tersayang. Aku terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki atas sebab budi! Ah, kenapa harus aku berkorban? Kenapa tidak lelaki itu sahaja? Aku sudah mempunyai kekasih. Di mana harus aku campakkan dia? Atau, aku harus mencintai dia secara diam-diam?

Harris terkedu apabila membaca luahan hati isterinya. Dia terus membaca…

15 Jun 2011

Hari ini, aku bersuka ria bersama kekasihku, Joe. Sempena hari jadiku, dia menghadiahkan aku seutas rantai. Buah rantainya berhuruf J&Z memberi makna, Joe&Zira. Aku sungguh gembira ketika itu. Ah, apa gunanya ada suami di sisi jika dia langsung tidak mengingati tarikh hari jadiku. Aku benci dia...

Bacaan Harris terhenti seketika. Air mata lelakinya menitis. Isterinya membenci dia! Sungguh, hati Harris begitu sedih. Patutlah dia beriya-iya mahu keluar pada hari itu, rupa-rupanya dia mahu berjumpa kekasih hati!

“Awak! Awak buat apa tu?” soalku tiba-tiba membuatkan Harris pantas menyembunyikan diariku. Tangannya ligat menyapu air mata. Hairan aku melihatnya. Tidak terusik langsung hatiku ketika melihat air matanya.

“Eh, takde apa. Zira baru balik dari mana?” soal Harris sambil tersenyum tawar.

“Adalah. Yang awak sibuk ni kenapa?” tengkingku. Hati Harris sedikit tersentuh mendengar tengkingan isterinya.

“Sayang dah makan belum? Nanti abang sediakan,” kata Harris, cuba memujuk hati isterinya yang keras seperti batu itu.

“Tak payah! Saya dah makan kat luar. Lepas ni, saya akan selalu makan kat luar. Jadi, awak tak payah tunggu saya,” kataku dengan kasar. Mukaku terus dipalingkan ke kanan. Mungkin tidak sanggup tengok wajah suami sendiri. Harris terdiam. Hatinya bagai dirobek-robek dengan kasar!

“ZIRA, tak baik tengking suami macam tu,” tegur emak tiba-tiba. Aku dan Harris terkedu.

“Mana ada Zira tengking Ris mak. Dia...” Emak segera memintas percakapan Harris.

“Zira! Mintak maaf dengan suami kamu sekarang!” arah emak tegas. Aku memasamkan muka.

“Mintak maaf!” Aku mencapai tangannya kasar.

“Apa lagi? Ciumlah tangan suami tu. Ingat, kalau tak diredhai oleh suami, masuk neraka jawabnya!” emak memberi amaran sambil menjegilkan mata ke arahku. Aku menunduk.

BUNYI nyaring telefon bimbit isterinya membingitkan telinga. Huh! orang mahu tidur pun tidak senang! Dengus Harris dalam hati. Dia sempat mencari kelibat isterinya, namun tidak kelihatan. Pergi jumpa kawan kot, sebab tulah terlupa bawak handphone sekali. Dia terus menekan punat berwarna hijau.

“Hai sayang...” sapa lelaki itu.

“Kepala otak kau sayang!” jerkah Harris kuat. Terkejut Joe dibuatnya.

“Eh, mana Zira? Aku nak jumpa dengan dia.” Kata lelaki itu kasar.

“Aku tak izinkan kau jumpa dengan isteri aku! Dan kau, jangan sekali-kali telefon isteri aku lagi. FAHAM?!” Harris mematikan telefon. Puas sudah hatinya.

“Awak! Apa yang awak buat ni? Itu boyfriend saya, awak tahu!” Merah padam mukaku memandang Harris. Harris mengetap bibirnya. Kesabarannya semakin menipis.

“Abang tak izinkan Zira jumpa dengan jantan tu! Dan, handphone ni abang ambik!” Harris segera berlalu. Aku terkedu!

Dua bulan berlalu...

“Abang, tengok matahari tu. Cantik kan?” soalku kepada Harris. Harris tersenyum sambil mengangguk.

“Ha’ah. Secantik sayang abang ni,” balas Harris membuatkan mukaku berona merah.

“Apa abang ni. Malulah Zira,” kataku. Harris tergelak mendengar kata-kataku itu. Dia mencuit hidungku.

“Sayang, masih ingat tak kejadian dua bulan lepas?” soal Harris tiba-tiba.

“Kenapa abang tanya? Abang sengaja nak malukan Ziralah tu,” Aku sudah memuncungkan mulutku.

“Takdelah sayang. Cuma, ianya menjadi pengajaran buat kita.” Kata Harris sambil tersenyum.

***********************

Imbas kembali...

“Zira, abang bagi Zira peluang. Zira nak elokkan hubungan kita atau kembali semula kepada teman lelaki Zira. Abang boleh ceraikan Zira secepat mungkin kalau Zira nak.” Kata Harris selepas seminggu kami tidak berbicara. Aku terdiam mendengar kata-katanya.

“Apa maksud awak?”

“Abang bagi Zira dua pilihan. Elokkan hubungan kita atau kembali kepada teman lelaki Zira,” ulang Harris.

“Saya...”

“Abang faham, Zira. Kalau Zira nak kembali semula kepada Joe, abang rela. Abang rela lepaskan Zira kalau Zira bahagia.” Kata Harris lagi membuatkan aku terharu.

“Abang...” panggilku perlahan. Harris bagaikan terkaku. Dia seperti bermimpi apabila insan yang dia cinta memanggil dirinya sebagai abang.

“A... Apa Zira?” soal Harris. Aku tersenyum tawar.

“Abang...” aku mengulang semula. Air mata Harris tumpah. Aku pantas menyeka air matanya.

“Abang, Zira tak nak berpisah dengan abang. Zira cintakan abang. Zira nak mulakan hidup baru dengan abang.” Kataku lalu memeluk tubuhnya. Harris turut membalas pelukanku. Dia mengucup rambutku.

“Dah lama abang nantikan saat ini.” Kata Harris perlahan. Aku tersenyum pahit sambil mengangguk.

“SEKARANG, apabila kenang semula rasa nak gelak aje. Kan sayang?” Harris tersengih.

“Ish, apa pulak gelak. Orang sedih-sedih, mana boleh gelak. Apalah abang ni,” kataku tanda tidak puas hati.

“Alah, orang gurau aje. Tapi, abang rasa memori tu macam sweet aje kan?” kata Harris lalu menyisir rambutnya sendiri. Aku tersengih.

“Yup. Zira pun rasa macam tu.” Balasku. Kemudian, Harris mengucup ubun-ubunku. Kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam. Indahnya perasaan ini! Kasihku bukan untuk Joe, tetapi hanya untuk Harris!


Nota Tambahan: Bagaimana saya boleh dapat inspirasi ketika menulis cerpen.
Ketika saya mahu menuju ke Seremban, saya terdengar suara seorang lelaki di radio. Katanya, dia dan isterinya mempunyai masalah rumah tangga. Isterinya pula ada lelaki lain. Suatu hari tu, bunyi telefon bimbit isteri lelaki tu berbunyi. Lelaki tu terus jawab.

“Hai sayang...” teman lelaki isterinya menyapa.

“Kepala otak kau sayang!” lelaki itu jerkah. *pernah dengar tak scene ni? Hehe…

Oleh sebab nak selamatkan rumah tangga dia, lelaki tu buat keputusan. Mereka akan pergi bercuti sekiranya isteri lelaki ni mahu hidup semula bersamanya. Dan, akhirnya mereka hidup bahagia.

TAMAT SUDAH… :D

Huhu... saya sengaja aje tulis pasal cerita ni. Saja-saja, nak share dengan korang. Jangan korang anggap saya menciplak pulak ya? Hehe… okeylah. Sudah panjang saya mencoret. Harap korang faham dengan cerita saya. Sekian, wassalam.

7 comments:

  1. 'kepala otak kau sayang!!' i like..=D
    slalunya kalau kawin2 paksa2 nih si hero yg tak suka.. kali nih si heroin plak yang tak suka.. best la awak..

    ReplyDelete
  2. pahnor: haha... me too. :P pompuan mmg camni kot.. lagi2 yg ada BF dia. thanks ye.. =)

    ReplyDelete
  3. nice cite ni lagi2 part "kepala otak kau sayang!" tp maya rasa tergantung sikit..

    ReplyDelete
  4. baiknye harris siapkan mknan untuk zira...pastu cpt tersentuh plk tu..zira xnangis dier dh nangis dlu..huhuhu

    ReplyDelete
  5. wah2..
    best2..
    comel je harris 2..

    ReplyDelete